Monday, December 29, 2008

Christmas @ Genting Highlands

Ni pics masa msCruZee, Zu, Dino, Kak Ina & Hazwan gi Genting pada 25hb Dec 08. Perasaan? Haa...surprisingly msCruZee sangat takut. Maklumlaa sebelum ni masa main kat Times Square dengan Niti msCruZee muntah kayak. So, buat assumption sendiri --- mungkin faktor usia tak benarkan msCruZee aktif main mende2 canni. 

On the way to Genting, Dino jadik Pak Supir. Balik lak, ganti dengan Hazwan. msCruZee takut nak cakap apa2. Jadik duduk diam je laa mentara Zu, Kak Ina & Hazwan sibuk bergambar kat seats belakang. Butterfly dalam perut --- siap joget lagu dangdut! Hu hu hu.

Parked Abg Vi (Vios Kak Ina) kat bawah and naik SkyWay. Again --- msCruZee nervous but tried my level best utk posing bergambar dalam cabel car.

Sampai kat atas, kitorang main Corkscrew & Space Shot. Twice --- both games. Dok main games yg sama, tak sempat lak test games lain. msCruZee lak takleh balik lambat. Memang felt a bit guilty kat orang lain BUT terpaksa jugak balik awal!

Keseluruhannya, msCruZee had a GREAT FUN kat Genting. Mmg best giler! msCruZee recommend sangat kat u all! Yang penting --- kalau nak pergi, make sure bawak baju tebal. Sejuk woooooo!
In the SkyWay Cable Car with Zu and Dino
Sampai kat atas, sempat posing =P
Kat depan kaunter tiket
With Hazwan & Dino @ Space Shot --- wooo!
Beratur nak naik Space Shot with Hazwan (my IDOL!)
Makan @ Marry Brown

Drawing: Hope.Love.Spirit

Petang2 ni msCruZee tak de keje nak buat. Sambil layan nengok citer Provoked kat @stro, tangan lancar lak main colours. Sedar2 dah siap lak satu drawing (chewah, konon cam citer Heroes lak!) --- LoL. 

~Whateva happens, i have to survive. With Hope. Love. Spirit~
by Rena^CRuZee

Saturday, December 27, 2008

2-Days-Teamwork-Course @ ESSET Bangi

Dah lama jugak msCruZee tak update blog. (Nadine --- mgg lepas ni agak sibuk dengan aktiviti2 kat office.) Hari ni baru msCruZee berkesempatan untuk recap balik apa yang berlaku sepanjang minggu lepas untuk dikongsi bersama.

Pada 19 - 20hb Disember 2008, satu seksyen ePerkhidmatan dijadualkan ke ESSET Bangi untuk menghadiri kursus on Building Customer Service & Teamwork. Nama kursus teramat panjang, jadi msCruZee saja pendekkan mengikut pemahaman msCruZee sendiri (sbb mmg tak hafal pun!).

Kursus started pada pukul 3.00 petang tapi msCruZee & frens (Nitti, Jemah, Kelly, K.Ita) yang naik sekereta ke Bangi sempat makan kat Restoran Anje untuk mengisi perut. Mmg dah sah2 terlewat masuk kelas, tapi tebalkan saja muka.

Sepanjang 2 hari berkursus, banyak juga yang msCruZee dapat sebagai pengajaran. Ada banyak aktiviti2 menarik yang mencabar kesabaran, mental dan fizikal masing2 contohnya Dojo Master, permainan Maze aka Saboteur & Chariots of Fire yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Ada 3 kumpulan formed based on colours :- Red Apache, Purple Rangers & Green Light. msCruZee, Kelly, Fairuz, Kak Su, Kak Bib & Abg Zali dalam kumpulan Purple Rangers. 

Untuk sesi perkenalan group saja, all of us perlu create flag, logo and also cheer. msCruZee & Kelly punye bersemangat pesan kat semua team members especially Kak Su & Kak Bib untuk cheer sekuat hati. Kat sinilah silapnya! Mungkin kerana msCruZee terlalu memandang rendah pada orang lain --- eheheh --- bile time nak cheer, yang spoiltkan bukannya Kak Su / Kak Bib, tapi msCruZee & Kelly!!! Hahahaha --- kitorang confused and instead of sebut Purple Rangers, we all jerit Power Rangers!!!! Adoiiii, malu sungguh!

Activity Saboteur pulak, group Purple Rangers menang. Lesson dalam game ni --- jangan cepat melatah dan salah sangka terhadap orang lain. Keseluruhan tentang kursus 2 hari yang Farris aturkan ni sememangnya sesuatu yang SUPERB! Personally msCruZee sendiri sebelum ni kureng kenal ngan Fairuz & Abg Zali tapi dalam masa 2 hari, msCruZee nampak kelebihan masing2. 
Game Tiger, Human, Gun (eh, betulke nama tu?). Sweetnya Linda senyum!
Dojo Master - Farris yang serius (takut kena marah ngan Dojo Master la tu!)
Abg Azmi (Sho-gun eP)
Nyanyi lagu tema: Mulanya di Sini & Gemuruh
Saboteur - Tangkap reman : Farris & Zaidi
Anne, Warda & Kak Ita
Posing sebelum balik. Pesal Farris tetibe pandang tempat lain? Nitti --- lentok overrr!

Atas permintaan, msCruZee terpaksa menambah kat cni. Pics (as above) ni hasil kreatif dan ehsan daripada mr Kukubesi --- (ooo...berkira ya!). Nak lihat kekreatifan dia, you all leh layari http://www.kukubesi.com/.

Thursday, December 11, 2008

Misi Senyum msCruZee

msCruZee selalu terima constructive feedbacks daripada kawan2 --- msCruZee nampak selalu masam, garang or sombong. tapi respon yang selalu msCruZee bagi ialah, "Dah muka aku macam ni. Nak buat macam mana?" Sebab bagi pandangan msCruZee, muka mmg bole hias dan tempel dengan mekap yang tebal. TAPI muka yang masam (atau bahasa kasar 'buruk') --- itu dah memang kurniaan YANG MAHA ESA. Kita kena bersyukur. Plus, msCruZee sebenarnya adalah seorang yang PEMALU. Cuma pandai cover je depan orang!

Lately, msCruZee baru perasan that I'm totally WRONG!

Memang ALLAH SWT dah kurniakan masing2 dengan pelbagai jenis muka dan rupa yang berbeza tapi masam atau tidak ---- adalah bergantung kepada manusia tu sendiri. Ada orang muka lawa tapi masam. Ada orang muka 'biasa' tapi manis. So, conclussion yang msCruZee dapat buat ialah --- semua orang akan nampak manis apabila tersenyum. Key word, guys --- Smile (with capital S!). Kadang2 kita boleh terlupa bende yang paling mudah dan penting macam 'Senyum'. msCruZee juga mengaku, msCruZee sendiri jarang senyum pada orang yang tak dikenali. Maklumlah dengan keadaan jenayah yang semakin menakutkan skarang ni, bukan saja senyum, pandang pun tak berani!

Jadi bangun pagi hari ni, msCruZee sengaja buat mission. HARI INI HARI "SENYUM" AKU. Seperti rutin biasa, msCruZee bertolak dari rumah ke stesyen komuter. Dan mulakan senyuman pertama dalam tren komuter kat seorang makcik berbangsa India. Disebabkan asyik dengar walkman, msCruZee pejam mata sambil berdiri (tak ada kerusi kosong). Then suddenly, msCruZee dengar ada suara perempuan panggil and bila buka mata, makcik tadi bagitahu dekat hujung tu ada tempat kosong! Disebabkan msCruZee lebih senang berdiri pagi2, msCruZee lakukan senyuman kedua kepada seorang kakak berbangsa Melayu dan offer tempat kosong tadi. Balasan yang msCruZee terima --- kakak tadi senyum dan ucap terima kasih sebelum duduk.

Bila msCruZee sendiri dah aware pasal 'mission senyum' ni, baru msCruZee perasan orang Malaysia tak semua sombong! Memang ada yang malu2 untuk balas senyum, tapi ada juga yang tersenyum lebar. Ada juga yang tak senyum langsung! Trick yang perlu msCruZee ingat dalam kepala, "Kena senyum tanpa buat orang fikir kita gatal!" Ahahah.....misi perlu dilakukan tapi msCruZee tak mahu kena tuduh perempuan gatal. 

Dan yang paling menariknya tentang misi senyum ni, msCruZee terima satu senyuman yang paling manis pernah msCruZee nampak dari orang yang tak pernah kenal hari ini. Yang start senyum, not me! Muahahaha......Even now, msCruZee boleh describe. 

Balik kerja pula, berebut dengan penumpang2 komuter untuk ke arah Rawang. Trust me, ini satu benda yang paling challenging! Terlalu ramai penumpang berbangsa Indonesia dan Bangladesh! Walaupun agak penat, msCruZee tetap nak teruskan misi Senyum ni kat seorang lelaki berbangsa Cina. Dengan keadaan lebih teruk dari tin sardin, msCruZee tersepit kat tengah2 antara orang2 Indon + Bangla dan juga lelaki tadi. Tak jumpa benda nak pegang dan tiba2 lelaki tadi suruh pegang beg dia.

See --- that is the SMILE POWER I'm talking about! Memang secara mata kasar, msCruZee tak dapat apa2. Selain terima respon daripada unknown people, msCruZee pon terima respon dari kawan2 office --- "Kau nampak lain hari ni?" But the most important thing is --- hari ni msCruZee dapat buktikan hari msCruZee jadi ceria sampai ke malam! 

So, hari ni hari misi Senyum msCruZee. Hari anda, bila lagi? 

Sunday, December 7, 2008

Ellen DeGeneres & Portia de Rossi Tied the Knot

I respect DeGeneres for what she is. She's very talented and funny. Her talk show is very entertaining and superb. But THIS??? 

Wanna share these happy photos with you. Yup, they got married on August,17 this year! It's not the latest story, I know --- but still --- i'm speechless! Apa dah jadi dengan dunia ni? Hopefully this won't be allowed in Malaysia, right? Perkahwinan sejantina. Eventho' they looked HAPPIER than any other normal couples on earth.

Saturday, December 6, 2008

Alzheimer's & You

Just finished watching The Notebook for the 3rd time! The story reminds me of a Korean movie --- A Moment to Remember. Imagine how depressing it would be if your spouse / parent / friend couldn't remember your name or her own name. What if she/he became obnoxious and violent towards you all of a sudden? 

Well, I still remember my late-neighbour (who's also related to my family) --- I called her 'Unyang'. Everytime my grandmother asked me to accompany her to the next door, I hesitated. Unyang who was very friendly will ask my name repeatingly --- or at least for every 15 minutes. As a child, I didn't feel comfortable. And as an adult now, it kinda scary! Especially to know that age and family history are the 2 confirmed causes of Alzheimer's disease. Plus, I used to forget 'things' like locking my own car, not knowing what's today's date, etc.

The Alzheimer's Disease Foundation Malaysia says about 50K Malaysians suffer from the disease and most of them have not been diagnosed yet! Alzheimer's is a progressive brain disorder that gradually destroys a person's memory and ability to learn, reason, make judgements, communicate and carry out daily activities. And as Alzheimer's progresses, some patients also experience changes in personality and behaviour, become suspicious and agitated, and also have hallucinations! This disease is also known as The Long Goodbye, the illness often stretches up to 20 years. Despite intensive research in recent years, the disease is not yet fully understood and there is no known cure --- so far. 

If you notice symptoms of Alzheimer's in someone, please consult a doctor ASAP.

For more information, you may get it from this url: 

Friday, December 5, 2008

New Life + New Environment

1st of all, msCruZee would like to thank all my frens/readers --- "Thank you for your concern." Bukannya msCruZee dah tak mahu mengupdate blog, cuma belum ada kesempatan lagi nak share all the exciting moments I've been through these past few days. Maklumlaa......with new life, new environment and with the condition - Johnny yang belum pulang!

It's too early too tell, actually. Tapi as usual, msCruZee lebih suke duduk diam and observe apa yang boleh diobserve. To Shah --- sorry sebab tak dapat jumpa u semalam. Ada "hal" yang perlu dilakukan. Being a newbie kat office, msCruZee have to learn many new things. Meet new friends etc. At times, msCruZee have to pretend not looking, and the other times perlu berlakon tak mendengar perkara2 yang tak sepatutnya. But dont get me wrong, friend --- bukan semua yang msCruZee dapat di tempat baru ni negative. Trust me --- when I looked closer, BANYAK yang positive. And I'm quite glad to be here! And as I've said earlier --- it's TOO EARLY too tell!

So, just be cool dulu. Slowly absorb and shoot, aight?
p/s: daybab, sha, Azlina Manap, nadine, daudOs, Harry, tommy-lengchai, ranjani, shah, ifa, zu --- merci beaucoup!

Tuesday, December 2, 2008

Johnny, I Miss You.....Kasut Misses You Too!

Percayalah, msCruZee bebetul rindukan dia. msCruZee rindu........this may sound a bit weird but you have to know the whole story first to judge.
  • Nama dia Johnny.
  • Kulit dia hitam-manis
  • Suka menggoyang2kan ekor bila happy dan suka curi sebelah selipar orang.
  • Kurus tapi bergaya.
Tak berapa sure umur dia berapa, dia datang kat umah msCruZee awal tahun 2008 masa dia masih kecil and belum pandai berlari dan melompat. Sekarang dia dah lari, mungkin lepas jumpa anjing betina Si Putih tu.  

Alkisahnya begini --- umah msCruZee kat kawasan ulu kampung yang banyak penjenayah dan pendatang haram. Dah banyak kali jugak umah msCruZee hampir dipecah masuk. One day, satu geng anjing datang berhijrah ke kawasan umah msCruZee. Masa tula msCruZee kenal Johnny, anak anjing hitam yang comel dengan leher terikat ngan tali kuning. Jiran msCruZee panggil dia Tie. Johnny sangat protective sampaikan sesiapa yang berniat jahat --- akan kena serang. 

Disebabkan sifat Johnny yang manja and pandai ambil hati manusia, msCruZee dah jatuh hati. Johnny macam tahu, dia takleh sentuh msCruZee. Johnny pon suka ajak msCruZee main lari2. Johnny pandai menangis and merajuk. Bila lapar, Johnny akan nangis kuat sampai msCruZee keluar umah bagi dia makan nasi + tulang. Lepas kenyang, Johnny akan goyang ekor. Johnny suka share makan kebab and hotdog ngan msCruZee. Pendek kata, kat tempat keje msCruZee dulu ---- siapa yang tak kenal dengan Johnny? Asal ada party, semua orang akan kumpul tulang untuk Johnny.

Dalam Islam, ada garis panduan yang perlu kita patuhi --- msCruZee ambil jalan paling selamat. I wanted to keep the dog but msCruZee tak mahu samak (malas sebenarnya). So, msCruZee elakkan diri daripada tersentuh. Yang penting dengan adanya Johnny, msCruZee sekeluarga takla rasa setakut dulu. Of course dengan adanya seekor anjing kat rumah seorang muslim akan mengundang banyak umpatan/persoalan. Tapi msCruZee dah bertanyakan pendapat ramai orang yang arif. Buat apa nak fikir apa yang orang kata? Nak mengumpat-ngumpatlaaa. Dosa kan tanggung sendiri2? 

Dah tiga hari Johnny tak balik rumah. Ibu ngan nenek kata mungkin Johnny pegi honeymoon ngan Si Putih. Tulang ayam yang msCruZee simpan dalam peti ais untuk Johnny pun makin bertambah banyak. Johnny, baliklah........pleaseeee....

Kepada sesiapa yang terjumpa Johnny (gambar seperti di bawah), sila hubungi msCruZee secepat mungkin. msCruZee tak lalu makan (konon....) bila terkenangkan bagaimana keadaan Johnny. Makan ke tak? Selamat ke tak?
Johnny sedang menggoyang2kan ekornya,  tak sabar nak makan kebab.
Johnny & Kasut (BFF - Best Friends Forever)

Monday, December 1, 2008

Pak Nil, Jalan Baik-Baik Ek!

Pak Nil dah bertolak ke tanah suci. dah takleh dengar sore Pak Nil --- uhuhuhu. Semoga Pak Nil mendapat haji yang mabrur ye, insyaAllah.....

pic: di copy & paste dari Pak Nil punya Blog : http://aznilnawawi.blogspot.com/. Sila lah visit kalau nak tahu cerita pasal Pak Nil!

HUGE mistake + My Happy Night

msCruZee menyesal giler hari ni. Pegi keje ok lagi. By the time balik, tapak kaki msCruZee cam nak meletup. Very HUGE mistake! Macam mana boleh tak teringat nak beli sandal yang sesuai? Konon macam kaki dah 100% recovered.

Hari ni pegi keje pakai heels, waktu pegi tak terasa pon, maklumla ada orang baik sudi menghantar tapi bile balik especially time panjat tangga nak ke komuter stesyen Bank Negara tu --- msCruZee dah menyumpah2. What was I thinking??? And siapa yang bang**g + BOD*H + !@@#$!#$!#$ buat tangga kat stesyen Bank Negara tu lebar2? Tapi muka --- of course msCruZee gagahkan jugak buat2 cam kewl. Dalam punya rasa --- hanya TUHAN yang tahu! Sebabkan tatau jalan nak ke komuter, msCruZee mintak tolong sorang abang tunjukkan jalan, kebetulan lak dia mmg nak ke sana.  

Dahla sampai terlepas 3 tren komuter. Bila berjaya masuk tren ke 4 --- dengan bangganya msCruZee senyum gaya kemenangan --- ha ha ha. Dah tak kisah orang dah, msCruZee terus tanggal kasut. Ramai gak orang pandang, peduli apa? Kakiku lebih penting! 

Bile balik msCruZee sempat saksikan betapa hebatnya kuasa ALLAH SWT --- msCruZee nampak bulan sabit ngan dua bintang yang formed bentuk smiley. Tak dapat snap photo sbb msCruZee punya hp camera sangat blur. So....utk share rasa excited, msCruZee practise skill melukis dengan Paint -- ternyata mengalahkan pesakit Parkinson. Asal you all dapat gambarkan, kira oklaaa...nak wat guna Photoshop --- tak kuasa, mata dah penat giler!

Friday, November 28, 2008

My Last Day

27 Nov 2008 - merupakan hari terakhir msCruZee keje kat Bank. Simen kaki dah buka and msCruZee dah boleh jalan, cuma perlu lebih hati2 sbb masih terasa sengal. Lepas submitted my medical claims msCruZee temankan Shah buat air kat pantry. We talked.

Rasa terharu bila Shah buatkan msCruZee air teh. Masa tak banyak sbb msCruZee tak datang sendiri memandangkan blom confident nak drive + kereta tak leh start (battery week pulak!). So, sempat borak2 dengan Shah, Ifa, Ranjani, Kak Siti, Yen Leng, Liza, Henni, Syaf, Joey, Thariq and a few staff yang msCruZee tak ingat nama dia....eheheh (still considered new kat sana.....lom kenal semua orang!). 

Then suddenly, my team gathered bagi gifts --- a shawl, flowers, farewell card and jam meja! Ini yang buat lemah ni --- msCruZee tak suka surprises! So, mmg control muke jangan tunjuk any reactions yang tak sepatutnya. But somehow, after diorg paksa nangis, msCruZee pon TER-nangis (konon!) --- ha ha ha!

Anyway, thanks a lot guys! For everything --- halalkan makan minum, bergossip, terngumpat bla bla bla.

So, celebrating my last day kat HLB dengan Faidz pulak, kitorang makan McD. Tengah tunggu order, sempat pulak usha cekak rambut lion yang budak laki tu pakai. msCruZee tak sure McD tengah buat promotion pasal apa --- ada cekak lion & rabbit --- so, saja cakap dengan Faidz --- boleh tak mintak kat budak tu cekak rambut tu? And of course, Faidz buat donno je.

Pastu bile budak tu nak hantar order, tiba2 pulak dia tergelicik kat main entrance. msCruZee ngan Faidz --- as usual --- tak nak malukan budak tu, terus paling pandang tempat lain, buat2 macam tak nampak. Tapi SERIOUSLY kelakar gila! Kitorang tahan ketawa sampai sakit perut. Budak yang jatuh tadi terus lari masuk dalam, tak perasan cekak rambut lion yang dia pakai terjatuh tengah jalan and hampir2 kena gelek ngan tayar kereta yang lalu-lalang. Budak McD tu pulak tak keluar2. Lama jugak kitorang tunggu. And perkara yang msCruZee paling tak sangka --- bila Faidz keluar kereta and kutip cekak rambut tu! 

Ahahah --- itu dikira mencuri ke? Tapi it was really FUN! Kepada adik yang terjatuh depan McD, akak minta maaf ye! Kitorang cuma nak selamatkan cekak rambut tu dari kene gelek! 

Photos: Cekak lion McD & flowers.

Wednesday, November 26, 2008

Terima Kasih Ek!

Kat sini msCruZee nak ucapkan terima kasih banyak2 pada frens yang caring dan concern. Ramai yang antar sms, ada yang emailed --- and ramai yang called untuk tanya khabar. Maklumlah, dah sebulan lebih msCruZee dok kat umah berlabon depan pc. Tiap-tiap hari layan internet, novel2 yang tak pernah sentuh, and main nintendo. Tapi rezeki ALLAH SWT bagi, msCruZee hargai je laa......bila lagi nak cuti panjang macam ni?

Tak banyak yang msCruZee boleh buat dengan sebelah kaki patah! Shopping tak boleh, hang-out umah kawan pon tak boleh. Duduk je laa kat dalam bilik, buat apa yang patut. (msCruZee pernah dengar --- tidur itu merupakan satu ibadah! ahahah)

Pada ramai yang bertanya soalan --- alhamdulillah, msCruZee dah boleh berjalan. Cuma sengal-sengal sikit bila pijak. Tapi insyaALLAH, lepas ni msCruZee akan hargai semua anggota badan dengan sebaik mungkin. Kalau orang ajak main futsal, msCruZee tetap akan pergi --- tapi duduk kat luar court je laa. Senyum sambil cuci mata. Eheheh....at least sampai msCruZee bebetul confident kaki ni dah ok!

Pada member2 HLB -- will see u guys later! Jangan risau, msCruZee jenis orang yang tak lupa kawan! Thanks for all ur support. 1st Dec 08 ni, msCruZee akan jadi warga EPF lak secara rasmi. Y'all have my number -- keep in touch, ok!

Photos: Tongkat sakti kesayangan msCruZee (bye2), x-ray image & kaki gajahku.

  

Watched: The House Bunny 2008

Just finished watching this one! I always love Anna Faris. Hillarious! Great movie!! Thank you to Spliterz for the great share!  If you like watching Hot Chick or The Sorority Boys -- then, this is your movie for today!

Rating: ** 7.2/10 **

The Day When Everything Went Wrong

Today is the DAY. I couldn't start my car, Maxis charged my broadband a/c wrongly, couldn't get my Astro channels (poor reception), and my STUPID TM STREAMYX problem!

Well, it made me think for a while --- was I chosen for all of these? The Chosen One -- really? Why???

How they started? Ergghh....some of the probs have been dragging for quite sometime now. As for my car problem, I woke up this morning and knew I have to check my car. During my 1 and 1/2 month of MC period (due to fractured foot), I didn't touch my Red Will (my Iswara car) at all! Dont blame me.....ahahah at least for now as I've had enough for today! (Coz I sure know, it's my own fault!) Luckily I still have Uncle Ju's phone number. His wife promised, he will come to check my car this evening.

About my Astro problem --- haven't watched Astro for 2 months already. I've got the movies and TV Series I wanted from the Internet (thank u for that, frens!). So couldn't be bother to call anyone to repair it. ** Here, I procastinated.

And my Maxis problem --- I've been charged wrongly by Maxis for 3 mths. According to the Maxis agent (where I bought the portable modem), as a post-paid user, I'll enjoy a special rate -- RM118 /mth. Never mentioned anything about calling the Centre to register. But having looked at my 3rd online statement, it showed differently -- way too different! After 3 mths of procastination, I called Maxis today to report. Of course they were not able to refund the excess payment!

Lastly -- my TM Streamyx problem which started since Mar'08. I registered my Streamyx a/c at Low Yatt Plaza. The retailer taught me how to install, told me that he couldn't do/show it there due to busy network. But, after I installed everything at home, the modem didn't stop blinking. Already made a few calls and followed the instructions given by TM but nothing changed. So after 2 months of calling and cursing, I GAVE UP. No service but I received the bills monthly w/out failure. Have also reported twice to TM (but no one could trace the reports. Hmm...I wonder how they did their job!). Already went to Rawang TM Point to solve it -- but again STILL NO SOLUTION given. I had to pay the 12 mths bill (as per contract) to terminate it eventho' I never received the service. Yeah, it was all about the stupid contract! This morning, a lady called to follow up. Hell, no! Of course I will not pay a single sen. I told her, no service no money! So she promised to refer to her Manager and technician and keep me updated.

At 6.45pm today -- Astro and car problems solved! Didn't expect the Astro guys will come today! Thanks to Uncle Ju and BIG thanks to Mr Lee and Mr Chin. It was a long story to tell but these people helped a lot! 
MORAL for today: DO NOT PROCASTINATE! (and keep your room clean & tidy! aahahah! No joke!)

Watched: Hairspray 2007

An entertaining musical movie --- two thumbs up for John Travolta! I kinda like it! Nikki Blonsky (Tracy Turnblad)  --- she can REALLY dance! Thanks to Big Rick (yes, you're the man!) for sharing this great movie! 

Rating: ** 7.5/10 **


Sunday, November 23, 2008

Dancing with the Stars -- Wii (dancing with my bro)

msCruZee just bought a Nintendo Wii 2 days ago (yeah, on my bro's b'day - 22/11/08! ahahah --- that's how I celebrate other people's b'day!) And u know what, this is the BESTEST game I've ever played! Seriously!!! 

On the 1st day, my bro & I played Dancing with the Stars We Dance! It was FUN (trust me).....I never believed Uje can dance -- really dance -- very well, as he scored the most. Love watching him dancing "Bootylicious" - ha ha ha. VERRRYYY FUNNY! Should have posted his video in You Tube!

Friday, November 21, 2008

My Poster: Brotherly Love

Lemme introduce you to my BELOVED KIDS (yeah, how i wish!) --- ehehee ......my neighbours actually. Hakimi & Wafi. They are very photogenic, right? Couldnt believe myself, they can pose like that for me. And the mother in this poster is SITI NURHALIZA (who could've guessed? ehehe). FYI, msCruZee is one of Siti's Fan -- I love her for her Voice!



Happy Birthday, Uje! 25 this year? Really???

You are my only brother. Of course I love u SO MUCH. It's just that --- people don't really say the 'word' out loud easily. But trust me --- u are the best, caring, responsible, lovable, huggable, annoying (err...sometimes or maybe most of the.....better stop here!) and handsome little brother I've ever had. For that, I thank ALLAH SWT, for giving me "US"! Happy birthday, Je!

Thursday, November 20, 2008

Company A atau Company B?

Ini yang buat msCruZee pening. Tadi borak ngan Dino kat telefon, buatkan kepala msCruZee ligat berfikir. msCruZee dah buat decision tapi I started to doubt...

1) Company A -- an established company, good frens, kamceng dengan management, already knew the job scope. But HATE the industry! I'm done with BANKING!

2) Company B -- IT line, higher salary & position. Totally new place, new environment and new frens! I can start from the scratch here!

The problem is, working with Company A buat msCruZee slalu makan hati. 1st, the salary is not enuff -- well, I'm a very expensive person! Ahahah ---- 2nd, the job scope, yang relates dengan customers buatkan msCruZee sakit jiwa. Ada daily input, daily customers to deal with (not that I'm complaining) but apa yang msCruZee terima bulan2 macam tak worth it. Actually sebelum keje ngan Company A, msCruZee dah ada experience keje ngan Company "Sebelum A", same industry gak and sama cerita (except that they're paying more than Company A). Apa yg msCruZee nak cuma satu kerja yang msCruZee boleh buat willingly and on the same time BE HAPPY! Salary tu jatuh ke 2nd place. Bukan kerja yang kene hadap everyday, sampai nak ke toilet pun bertangguh. Sembahyang --- jangan cakapla. Selalu last minute! Sometimes, kalau ada masa, baru pergi. Kalau tak sempat, duduk je la buat kerja dari 8.45am sampai ke 9.00pm. 

Since kerja dengan Company "Sebelum A"....msCruZee dah well-trained jadik seorang worker yang hipokrit. That is the "ONE" thing yang msCruZee bebetul benci pada diri sendiri. Having a good r/ship with everyone betul2 buatkan msCruZee berada dalam keadaan yang selamat kat office. This is what I've learnt tru' experience. But THIS IS NOT ME....or at least, WASN'T me! Experience gained from Company A dan Company "Selebum A" ajar msCruZee tentang hakikat hidup. Untuk disukai ramai, u have to agree with everything --- including no PUBLIC HOLS (x de cuti Raya), working on Saturdays, hari2 balik lewat malam (xde OT) and lame jokes from the Management Team (if I started to protest on something) -- such as, no BONUS for you this year! or --- Kalau tak belanja, I'll change your appraisal points! But what about the fact that I'm working extremely HARD sampai tak hirau masa balik rumah atau cuti? Mana ada orang pandang? 

Frankly speaking, msCruZee bebetul respect member2 yang berani in making decisions. Macam Anny, Daybab ngan Sha. Bila tak suka, terus resigned 24 jam notis. How I wish I could do that! msCruZee bagi tabik spring kat diorang =P.

It has been about 8 years now. Apa yang selalu msCruZee dengar dari ex-schoolmates semua sama --- how I've changed. msCruZee was not an obedient student at school. Apa yang orang kata tak boleh, itu laa yang akan msCruZee buat. Nama dalam Prefect Book, tak payah cakap laa berapa banyak. But what have happened to me now? Kene cursed ke?

Jalan keluar yang msCruZee ambil ialah mencari kerja lain. Alhamdulillah, opportunity datang bila Company B called utk panggil interview. Bulan Dec 08 ni, msCruZee dah kena lapor diri. The thing is, bila Company A dapat tahu, the Managers terus called tanya reason msCruZee resigned. And bende yang paling tak disangka, they promised :

1) Higher Salary (lebih tinggi daripada Company B)
2) Higher Position
3) GOOD Bonus for 2008 (3 mths back, bila msCruZee tanya x de seorang pon yang berani guarantee samada I'm entitled to get bonus atau pun tak, considering baru kerja 6 bulan. Siap cakap, "Don't expect much. Nanti u sedih pulak!"). 

Manager sendiri called and bagitahu Head of Department ada kat sebelah, waiting for my decision. And 10 minutes after that, called balik untuk bagitahu BIG BOSS pun dah agreed. What the heck? Why now? Kalau betul diorg appreciate / value me as a good worker, why now? Tapi, secara jujurnya, msCruZee mula hesitate dgn decision utk resign sbb dah mula rasa sayang + kasihan + loyal --- bila orang pujuk camtu. Ini buatkan msCruZee susah buat keputusan. Bak kata Company A, there's still time!

So, Company A atau Company B? 

Monday, November 17, 2008

Watched: August Rush (2007)

For those who love music + family + a fairy tale story + love --- this is the exact movie for you! Memang plot cerita tak berapa logik but msCruZee still loves the music and enjoys watching it. It's a family movie, what d'you expect?

Bagi msCruZee, ini dah listed as one of my fav! Trust me, rasa macam nak terbang dengar composition lagu dalam movie ni.

He's in a band, She's a cellist....and the son is a natural musician. They are all searching for each other until one night they meet in a Julliard Concert. 
~They follow the music ~

Cast: Freddie Highmore, Jonathan Rhys Meyers & Keri Russell.

Rating: ** 8.2/10 **

Watched: The Mummy Tomb of the Dragon Emperror

Movie ni hampir2 sama dengan semua The Mummy punya series, except ada Jet Li. Ehehe....msCruZee  cuma tak puas nengok muka Jet Li, banyak pulak yg diorg guna CGI utk watak Jet Li tu.

Hmm....okay-okay saja!

Rating: ** 5.5/10 **

Another Cinderella Story 2008

Yup, this is Another Cinderella Story. Baru saja released dd 040908. Apa yang msCruZee nak komen pasal cerita ni?......Ha Ha Ha. msCruZee suka dengan choreography, ada style2 latino sket -- especially the 'hat-step'! But msCruZee prefers A Cinderella Story lakonan Hillary Duff dengan Chad MM. Maybe version yang Selena Gomez ni lebih sesuai untuk kanak-kanak junior high kot. 

Dalam banyak2 characters, msCruZee paling tak tahan watak Dominique (Jane Lynch). Gelak besar tuh! Adoiii....

Sesiapa yang ada kanak-kanak belasan tahun, atau mencari cerita yang ringan untuk ditonton, msCruZee recommend this film! Anda akan terhibur dengan dance + music dalam cerita ni.

Memandangkan msCruZee memang layan cerita2 macam ni, takde hal sangatla dengan watak2 bodoh the step-sisters tuh.

Rating: ** 6.0/10 **

Thursday, November 13, 2008

Mommy Style: Miss Perfect



You are GOOD! Your kids always look perfectly clean, pressed and matched. You are great at managing the formidable work/life balance. You put nutrionists to shame with your meal plan. Keep up the good work sister, we all want to be more like you!!

Wednesday, November 12, 2008

Pembelian di Ebay

Hari ni merupakan hari-ini-dalam-sejarah msCruZee membuat pembelian online kat ebay.

Pembelian di Ebay - Can it be trusted? Mari Kita Lihat!

Hari ni merupakan hari-ini-dalam-sejarah msCruZee membuat pembelian online kat ebay.Saja nak uji tahap mana kecanggihan ebay. Kalau MPH and Kinokuniya tu, tak payah cakaplaa. msCruZee memang dah cuba. Boleh tabik jugak dengan service yang diorang provide. Sebab tak berapa percaya dengan ebay Malaysia, msCruZee saja test beli buku cerita Carolina Isle by Deveraux yang berharga RM15.00. Kira jimatla kalau dibandingkan dengan harga buku baru yang melebihi dua kali ganda. Dok tunggu si seller bagi payment details, tak dapat2. So, memandangkan hari ni hari ke-3 selepas pembelian, msCruZee pon terpaksalaa menghantar message kat seller. 

Dey, where's the payment details?! Nak orang beli ke tak nak? Apa daaa....

Of course, msCruZee takkan menaip macam tu --- mustilah guna bahasa lembut sikit! Ahahah....poyo! Penat je belajar tatacara lemah-lembut dlm bahasa surat semasa buat transaksi di CIMB & HLB! Rimau masuk kandang kambing, mengembek...eh, betul ke peribahasa tu? Lol. Lepas dah hantar, msCruZee bukan main mengutuk si encik seller atas kecuaian....manalah tahu, rupa2nya msCruZee yang tak perasan! Terang2 ada bagi payment details orang tu! Terpaksalah antar message sekali lagi, "kindly ignore the earlier msg, tq." Hampeh!

 @ 

Betrayal

Sad soul, take comfort nor forget,

The sunrise never failed us yet.

                                           ~ by Celia Laighton Thaxter

    

Tiada Dikau Tiada Makna by Siti Sarah

Oooo....msCruZee tersangat suke dengan lagu ini. Dengar petang2, buatkan msCruZee terasa nak menangis pulak. Ini lagu sangat best -- pandai si Siti Sarah ni main tarik2 suara. Nanti msCruZee gi Redbox, kena cari lagu ni utk disumbangkan. Eheheh....


Tuesday, November 11, 2008

Watched: Mamma Mia 2008

This is another movie yang msCruZee watched today. msCruZee punya comment about this one: To those who love ABBA, this is your movie! msCruZee enjoy and kagum dengan pelakon2 omputih ni yang masih boleh bergelek walaupun masing2 dah berumur . Boleh bagi credit kat depa!

Bagi msCruZee -- biasa2 aje, sebab msCruZee kurang minat musical movie macam  ni. Tapi kalau pelakon2 nya muda sket, mungkin msCruZee akan suke kot. Lol. Tapi dari segi kualitinya, memang tak dapat dinafikan! Sesuai ditonton seisi keluarga, atau pun untuk insan2 yang tengah banyak problem. 

Rating: ** 6.5/10 **

Watched: The Other Boleyn Girl 2008

Owh, ermm....err....msCruZee terlalu taksub dengan kemachoan Eric Bana dalam cerita ni hingga tak terkata apa. Dengan costume yang dipakai throughout the movie, msCruZee terbayang hero-hero dalam novel2 yang msCruZee baca dedulu. Tall, broad-shouldered -- perghh! BUT (Capital letter) --- lakonan Scarlett Johansson & Natalie Portman mmg best!

The Other Boleyn Girl is about 2 sisters yang berebutkan cinta King Henry Tudor. Anne & Mary - Both ada different characters, Anne (Portman) yang very ambitious & Mary yang lemah-lebut (Johansson). Boleyn family ni mmg prepare anak2 pompuan diorang dengan 'sufficient knowlegde' untuk pikat King Henry. 1st diorg set the elder daughter, Anne but then plan tak menjadi, so they prepared Mary (yg pada masa tu sudah pun berkahwin). King Henry yang mmg kaki perempuan terus terpikat and jadikan Mary mistress dia. Cerita ni keseluruhannya pasal 2 orang mistress. Lepas Mary 'masuk' istana, Anne jealous and buat rancangan (baik punya!) untuk rebut King Henry. Her mission is only one : Not for the love, but for the crown! Walaupun msCruZee dah tahu apa kesudahan cerita ni -- dalam sejarah la kan --- tapi msCruZee tetap terhibur dengan lakonan diorang ni. Kira berjayalaa membawa msCruZee ke zaman lama.

Bagi msCruZee, menonton cerita ni buatkan msCruZee fikir banyak kali untuk kahwin dengan mana2 pewaris takhta. LoL. Pressure sungguh tengok perempuan-perempuan dalam istana ni bersungguh2 dapatkan anak lelaki.

Eric Bana -- msCruZee tak pernah minat pon selama ni, tetibe je sibuk mencari balik movie2 yang dia pernah berlakon. Ahahaha.....adoiii! Sekarang tengah donwload Hulk, semata-mata nak tgk Eric Bana. Haa....tengokla poster bawah ni. Bukti kemachoan Eric Bana --- ahahahah! Rasanya dia memang lebih sesuai untuk bawa watak-watak hero zaman lama. 

FYI, msCruZee dah converted movie ni dalam format .mp4 dan simpan dalam handphone utk layan bebile masa. =p

Rating: ** 6.8/10 **


Sunday, November 9, 2008

msCruZee is a PIG?

This is very embarassing yet soooo funny. Yes, msCruZee is a PIG! That's what you get if you are totally into this quiz thing. You answered a few questions and later, ended up with result saying that you're a PIG! Great! Oh yeah...

You may take this simple test @ http://www.blogthings.com/

You Are a Pig

You are very intelligent, and you enjoy being around people. You can trust others easily. You have great reasoning skills, and you are quick learner. You are able to adapt to most situations.

You tend to be very territorial and picky. You don't like people messing with your stuff. You have keen senses and reflexes. You can defend yourself well and quickly sense danger.

Pangkor Trip : HLB Teambuilding 2008

msCruZee baru saja saved pics ni tadi dari pc office. Still remember the craziness and all the FUN we've shared together during the trip - 11th October 2008. Okay, sorry -- to be honest, takla seFUN mana -- ahahah. Saja menghipokritkan diri plak tadi. But fun in a weird way. Penat, yes!

 
Location: Pangkor Island Beach Resort

Pemandangan dari dalam bilik.....seriously cantik!

~ This is where we stayed ~ Garden View

Departure Time @ midnight: Lama gila tunggu bas sampai!

Me & my Fulfillment Team @ Jeti Lumut

Breathtaking Scenery -- on the way to Pangkor

Playing Giant Slipper: from left -- Wani, Henni, Syaf & Liza (having a great time)

Donno why, of all the pics this is msCruZee's favourite! Kesian tgk bebudak ni tidor. LOL.

Will miss them? Ehmm....won't deny that. It's part of msCruZee's phase in LIFE. Especially to Ifa (Nik Atifah), Shah (Shahroriza), Ran (Ranjani), Kak CT (Siti Nafsiah) & my AM Noorliza. Terima kasih banyak-banyak! Au-revoir HLB!