Thursday, February 18, 2010

KEK SPECIAL HANYA UNTUK MY ALONG

Hari ni 18hb Feb 2010.
Hari Jadi Along yang ke-22 ---- eh, 29 tahun!
HAPPY BIRTHDAY ALONG! Angah doakan Along panjang umur. 
 
Nothing much to share hari ni. Cuma, frankly speaking aku sangat happy. Banyak perkara yang buat aku happy........

Aku beli kek special ni dari Kak Zura. Aku tahu, since this is the 1st time dia buat kek ni, upon request, dia pun tak sabar and tertunggu2 aku punya comment. 

Kak Zura, thanks a lot! Chocolate Cheese Cake ni memang sedap. Saya tak tipu! Akak tahu kan, bab2 bagi komen, saya memang takkan bagi false comment. Kalau tak sedap, I will not say anything. He he he --- so kalau saya cakap sedap, trust me, it's a plain compliment.

Untuk Along, aku doakan biarlah tahap kesihatan dia meningkat sikit this year, insyaAllah. Along dah tolong aku agak banyak jugak......

Hopefully along and kak dah suka kek ni...... =P

Wednesday, January 6, 2010

Akhirnya --- Alhamdulillah, Walaupun SETIH! =P

Aku penat betul hari ni. Tak syiok sungguh! Nak mengaktifkan diri malam2 pun tak larat. Event hari ni --- basically berakhir jugak walaupun tak selancar yang aku rancang. Huwaaaarrrghhhh.....jujurnya, aku mmg sedih + letih = SETIH!

Tapi yang pentingnya, aku dapat belajar beberapa bende yang agak bernilai hari ni. Actually untuk kegunaan aku pada masa depan.

Ha ha ha hari ni aku dengan bangganya mengesahkan, i am the WORST EMCEE in the world! Yes, it's true and NO JOKE, guys! Bukan aku sengaja nak main2. Nampak gayanya, aku mmg ada satu perkara yang susah nak ubah. Tak surela penyakit ke, habit ke --- tapi yang pasti mmg satu defect la. Kenapa aku susah sangat nak ingat nama orang eh? Aku lagi senang ingat nama bapak orang tu. Contohnya, tadi --- aku sebut nama penuh bos i.e Encik Satu bin Dua. Aku dah puas catit kat atas kertas, tapi bila aku sebut terkeluar "Dipersilakan, Encik Dua."

Omakkkkk!!! Malunya! Hopefully Encik Satu tu tak rasa aku nak permainkan nama dia depan orang ramai. So, nak legakan hati --- aku kenelah pujuk sendiri. Mungkin aku ni ada darah kacukan omputih kot? Well --- wink* ;P

Realizing this, dah tentulah aku punye semangat tercabar dan jadi semakin membara. Bila aku duduk bertafakur (chewah!) lepas solat Zuhor tadi, aku pikir --- punya pikir --- dan pikir --- sampai nak terlelap daaa. Kenapalah, aku punya penyakit nervous ni datang balik bila dah tua? Hu hu hu.....dah lama jugak aku takde penyakit darah gemuruh ni. Remind me, next time kalau diberi peluang jadik emcee ---- just GRAB IT!

Kalau kecik2 dulu takpela kan --- kan? Naik pentas, pakai baju ayam la, itik la --- joget2 depan orang ramai, wakil sekolah lain untuk rebut hadiah johan daerah --- TAKPELAH JUGAK KAN? Lagi2 kalo tetibe ada pulak wakil sekolah lain yang datang bertanding tu muka ada iras2  si Nick Carter masa kecik, ha ha ha! Kalau jatuh tersungkur pun, memang tak salah.

Tapi ni? Umur aku dah nak dekat 30 tahun nyah! Takkan mak nervous lagik?

Okey, takpe. Enough with all that! Jangan risau sangat pasal kegagalan. Yang penting selepas kali ke-2 aku gagal jadik emcee yang berjaya, aku tahu dan ingat punca2 kegagalan aku. Kalau aku guna reverse psychology, aku dah BERJAYA jugak cari dua punca kegagalan aku. Bak kata Thomas Alfa Edison "I haven't failed, I've found 10,000 ways that don't work". Itu Edison yang cakap --- selepas gagal 10K kali. Aku punya hal, baru je hadap dua kegagalan takkan dah give up kan? (Walaupun kalau nak ikut hati, aku betul2 malu nak hadap muka orang.) Seriously. Ni dia my failures:


1) Event 1 (dalam tahun 2009 - Tender Briefing) Tak berapa faham dengan apa yang aku nak bentang. Jadi next session, aku wajib make sure aku buat cukup research.Yang kelakarnya, punyala nervous, aku bebel sorang2 pastu aku lupa apa aku cakap. Siap tanya En Sayed, "Sorry, what did I say just now?"
2) Jangan percaya orang lain BULAT-BULAT! Walaupun orang tu cakap xde problem, wajib soh dia buktikan! (Tapi kalo camtu, baik aku buat semua, kan?)

Kegagalan kat side aku hari ni ialah, aku biarkan mistakes yang disebabkan orang lain affected mood aku dari awal majlis. Ini mmg silap aku --- heheh. Nak rectify problem aku kene pikir, nak make sure ongoing event runs smoothly pon aku pikir. Manalah tak jadik makin serabut kepala aku? Tapi satu benda yang aku tak boleh buat apa2, aku tak cukup orang nak delegate kerja. Setakat kerja angkat2 barang tak kisah la sbb ramai juga yang sudi menolong. Tapi kalau nak suruh orang buat lebih2, kang bukak pulak sequel untuk siri "Ini Bukan Dalam Job Scope Saya". Adoooiiii. Aku sudah pernah kene sekali maa.....last2 aku je la buat semua kerja yang takde dalam job scope orang lain termasuk photostate, jadik errand girl utk aku sendiri and bla bla bla.

Kat tempat keje lama aku mmg sume tu kene buat sendiri. Takde peraturan pun yang tetapkan mana satu kerja yang pegawai tak boleh buat. Aku dulu tiap2 hari tolak troli ke Bilik Mail and PIN untuk collect input. Cuma kat sini hampir semua orang amalkan budaya kerja yang sama. Photostat tu hanya kerja2 kerani.

Tapi secara pendek, inilah yang berlaku hari ni:
i) Itu jabatan SATU hantar jemputan pada tetamu dengan maklumat yang salah. Last minute aku kena cari orang untuk standby kat bawah.
ii) Itu jabatan SATU tak masukkan perkara2 wajib yang perlu dibawa dalam itu jemputan. Padahal aku dah masuk dalam minit mesyuarat and emel ke semua utk tindakan masing2. Sudah terang lagi suluh lebih dan lebih terang lagi! Hihihihi
iii) Itu jabatan DUA tak tahu apa dia kene buat. Last minute pulak hantar sms suruh nasihat itu tetamu, jangan test sbb ada error. Woi, lu ingat ini main2 ka?
iv) Itu olang yang tengah menulis ini cerita patutnya terpikir nak buat 2nd checklist one day before event....haiiyaa.....itu olang sudah belajar maa! Kali depan itu olang akan ingat sampai mati. Itu olang mmg bulum pandai semua maa.....tapi tengah belajar!

Ha ha ha biasalah, aku ni manusia biasa and of course aku mmg tak perfect. Tapi at least aku ngaku itu salah aku. So as usual, sekali lagi semua kegagalan adalah berpunca dari aku jugak. (Itu jabatan DUA suka buat cam tu kat aku).

Pasni aku nak wat post-mortem utk beramai2 laa.......tapi kena pikir cara mendalam supaya tak nampak macam aku menyalahkan sesiapa. Perkara dah berlaku, buat apa nak ungkit, kan? Cuma perlu take note dan ambil iktibar je laaa.

Ok, gtg --- nak sign-off!

Monday, January 4, 2010

Things-To-Do List untuk Minggu-1 2010

Note: Ini peringatan hanya untuk aku. List kat bawah ni status senarai 'TTD' aku yang terkini dan terpaksa di-carry-forward sebab tak settle lagi.

1) Settlekan hal payment Vendor
2) Kertas Kerja DES (Perlantikan), CTML enhancement
3) F/up payment status with SSDM
4) Discussion on Capability Programme with SSDM (for Jan 2010)
5) Review MKI
6) Beli carpet cantik
7) Apply cuti gantian 2 hari by 15/01/2010             done dd 4/1/10 
8) Keluarkan duit - bayar hutang Kak Imah & beli tudung kat belakang       done dd 5/1/10
9) Set mtg w myEPF team - discuss on enhancement ideas (CSI)
10) Ensure everything OK for tomorrow event       done dd 5/1/10
12) Sign-up kelas menjahit     Tak jadi sign-up this week!

Wednesday, December 30, 2009

Goodbye 2009! Aku Akan Rindu Kamu!!!



Hari ni hari terakhir bagi tahun 2009 (Babai, 2009!). Sebenarnya memang dah planned nak cuti hari ni tapi tetibe je ada benda last minute yang buat aku terpaksa cancel cuti. Dah alang2 kene kerja, jadi aku dengan bersemangat waja datang ke office pagi2. Dalam kepala dah ligat dah fikir hari ni nak settlekan apa dulu.

Semalam Pip ada bagi tahu, Kak Imah beli comforter yang harga asal RM400++ dengan hanya lebih kurang RM100. Teruja sesangat sebab aku memang ada rancang nak cari set cadar and comforter untuk katil aku. Jadi --- tak sia2lah jugak aku merajinkan diri datang office. Inilah namanya, sambil menyelam minur air!

Tapi yang penting, malam ni aku memang nak celebrate! Member aku turun KL malam ni. Ibu ngan Aunt Faridah masih kat Mekah wat umrah (huwaaaaaaaa~).

Pagi tadi aku dengar HotFM, si Fafau ni dok suruh callers confess apa kesalahan yang pernah dibuat sepanjang tahun 2010 ni? Topik yang menarik! Nanti aku kena fikirkan dulu nak senaraikan berapa banyak. Hehehe --- yang penting, jam dah pukul 8.15am, I've got to sign-off dulu!

Friends --- HAPPY NEW YEAR 2010!!!

Tuesday, December 29, 2009

Apa Cerita Baru Nak Download Lagi, eh?

Hari ni datang kerja dengan mata mengantuk. Hmm --- tido lambat ke semalam? --- aku tak berapa ingat sangat. Yang aku ingat, semalam sibuk mendownload movies baru : Avatar, Serious Moonlight, The Box and Inglourious Basterd sambil sebelah mata jeling2 cerita Final Destination 4 yang Along pasang.

Nak tercabut jantung aku nengok Final Destination 4 tu. Sume accidents memang ganas gile. Sampai jadi tak logik pun ada! Rasanya dalam banyak2 FD Sequels, aku lebih suka nonton yang 2nd tu - Car accidents. Itu memang logik plus scary plus real!

Takpe --- dah kena start engine!!! Nak wat keje......Later!