Wednesday, January 28, 2009

Bedtime Stories 2008


Ughhh --- lama gile msCruZee x update blog. msCruZee dijangkiti penyakit M tahap kronik. Ookay, this time nak citer pasal movie yang baru msCruZee nengok mgg ni. Baru dapat movie ni from Along (thx, sis!). Sekurang2nya terubat sket hati msCruZee nih.

Citer mmg best jugak. msCruZee mmg peminat setia Rob Schneider, and as what I've expected earlier --- this guy punya muka mesti terselit kat few scenes. Diorg (wt Adam Sandler) kan cam good buddies. 

msCruZee xde mood nak ulas citer. u all carilaaa vcd ke dvd ke --- paling payah pon contact ler msCruZee kalo nak nonton. eheheh. wa sudi membantu!

It's a family story! Of course happy ending, jalan cerita yang ringan and simple, boleh layan pada setiap masa including masa kepala tgh berserabut. 

Nengoklah!

Rate: 7/10

Monday, December 29, 2008

Christmas @ Genting Highlands

Ni pics masa msCruZee, Zu, Dino, Kak Ina & Hazwan gi Genting pada 25hb Dec 08. Perasaan? Haa...surprisingly msCruZee sangat takut. Maklumlaa sebelum ni masa main kat Times Square dengan Niti msCruZee muntah kayak. So, buat assumption sendiri --- mungkin faktor usia tak benarkan msCruZee aktif main mende2 canni. 

On the way to Genting, Dino jadik Pak Supir. Balik lak, ganti dengan Hazwan. msCruZee takut nak cakap apa2. Jadik duduk diam je laa mentara Zu, Kak Ina & Hazwan sibuk bergambar kat seats belakang. Butterfly dalam perut --- siap joget lagu dangdut! Hu hu hu.

Parked Abg Vi (Vios Kak Ina) kat bawah and naik SkyWay. Again --- msCruZee nervous but tried my level best utk posing bergambar dalam cabel car.

Sampai kat atas, kitorang main Corkscrew & Space Shot. Twice --- both games. Dok main games yg sama, tak sempat lak test games lain. msCruZee lak takleh balik lambat. Memang felt a bit guilty kat orang lain BUT terpaksa jugak balik awal!

Keseluruhannya, msCruZee had a GREAT FUN kat Genting. Mmg best giler! msCruZee recommend sangat kat u all! Yang penting --- kalau nak pergi, make sure bawak baju tebal. Sejuk woooooo!
In the SkyWay Cable Car with Zu and Dino
Sampai kat atas, sempat posing =P
Kat depan kaunter tiket
With Hazwan & Dino @ Space Shot --- wooo!
Beratur nak naik Space Shot with Hazwan (my IDOL!)
Makan @ Marry Brown

Drawing: Hope.Love.Spirit

Petang2 ni msCruZee tak de keje nak buat. Sambil layan nengok citer Provoked kat @stro, tangan lancar lak main colours. Sedar2 dah siap lak satu drawing (chewah, konon cam citer Heroes lak!) --- LoL. 

~Whateva happens, i have to survive. With Hope. Love. Spirit~
by Rena^CRuZee

Saturday, December 27, 2008

2-Days-Teamwork-Course @ ESSET Bangi

Dah lama jugak msCruZee tak update blog. (Nadine --- mgg lepas ni agak sibuk dengan aktiviti2 kat office.) Hari ni baru msCruZee berkesempatan untuk recap balik apa yang berlaku sepanjang minggu lepas untuk dikongsi bersama.

Pada 19 - 20hb Disember 2008, satu seksyen ePerkhidmatan dijadualkan ke ESSET Bangi untuk menghadiri kursus on Building Customer Service & Teamwork. Nama kursus teramat panjang, jadi msCruZee saja pendekkan mengikut pemahaman msCruZee sendiri (sbb mmg tak hafal pun!).

Kursus started pada pukul 3.00 petang tapi msCruZee & frens (Nitti, Jemah, Kelly, K.Ita) yang naik sekereta ke Bangi sempat makan kat Restoran Anje untuk mengisi perut. Mmg dah sah2 terlewat masuk kelas, tapi tebalkan saja muka.

Sepanjang 2 hari berkursus, banyak juga yang msCruZee dapat sebagai pengajaran. Ada banyak aktiviti2 menarik yang mencabar kesabaran, mental dan fizikal masing2 contohnya Dojo Master, permainan Maze aka Saboteur & Chariots of Fire yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Ada 3 kumpulan formed based on colours :- Red Apache, Purple Rangers & Green Light. msCruZee, Kelly, Fairuz, Kak Su, Kak Bib & Abg Zali dalam kumpulan Purple Rangers. 

Untuk sesi perkenalan group saja, all of us perlu create flag, logo and also cheer. msCruZee & Kelly punye bersemangat pesan kat semua team members especially Kak Su & Kak Bib untuk cheer sekuat hati. Kat sinilah silapnya! Mungkin kerana msCruZee terlalu memandang rendah pada orang lain --- eheheh --- bile time nak cheer, yang spoiltkan bukannya Kak Su / Kak Bib, tapi msCruZee & Kelly!!! Hahahaha --- kitorang confused and instead of sebut Purple Rangers, we all jerit Power Rangers!!!! Adoiiii, malu sungguh!

Activity Saboteur pulak, group Purple Rangers menang. Lesson dalam game ni --- jangan cepat melatah dan salah sangka terhadap orang lain. Keseluruhan tentang kursus 2 hari yang Farris aturkan ni sememangnya sesuatu yang SUPERB! Personally msCruZee sendiri sebelum ni kureng kenal ngan Fairuz & Abg Zali tapi dalam masa 2 hari, msCruZee nampak kelebihan masing2. 
Game Tiger, Human, Gun (eh, betulke nama tu?). Sweetnya Linda senyum!
Dojo Master - Farris yang serius (takut kena marah ngan Dojo Master la tu!)
Abg Azmi (Sho-gun eP)
Nyanyi lagu tema: Mulanya di Sini & Gemuruh
Saboteur - Tangkap reman : Farris & Zaidi
Anne, Warda & Kak Ita
Posing sebelum balik. Pesal Farris tetibe pandang tempat lain? Nitti --- lentok overrr!

Atas permintaan, msCruZee terpaksa menambah kat cni. Pics (as above) ni hasil kreatif dan ehsan daripada mr Kukubesi --- (ooo...berkira ya!). Nak lihat kekreatifan dia, you all leh layari http://www.kukubesi.com/.

Thursday, December 11, 2008

Misi Senyum msCruZee

msCruZee selalu terima constructive feedbacks daripada kawan2 --- msCruZee nampak selalu masam, garang or sombong. tapi respon yang selalu msCruZee bagi ialah, "Dah muka aku macam ni. Nak buat macam mana?" Sebab bagi pandangan msCruZee, muka mmg bole hias dan tempel dengan mekap yang tebal. TAPI muka yang masam (atau bahasa kasar 'buruk') --- itu dah memang kurniaan YANG MAHA ESA. Kita kena bersyukur. Plus, msCruZee sebenarnya adalah seorang yang PEMALU. Cuma pandai cover je depan orang!

Lately, msCruZee baru perasan that I'm totally WRONG!

Memang ALLAH SWT dah kurniakan masing2 dengan pelbagai jenis muka dan rupa yang berbeza tapi masam atau tidak ---- adalah bergantung kepada manusia tu sendiri. Ada orang muka lawa tapi masam. Ada orang muka 'biasa' tapi manis. So, conclussion yang msCruZee dapat buat ialah --- semua orang akan nampak manis apabila tersenyum. Key word, guys --- Smile (with capital S!). Kadang2 kita boleh terlupa bende yang paling mudah dan penting macam 'Senyum'. msCruZee juga mengaku, msCruZee sendiri jarang senyum pada orang yang tak dikenali. Maklumlah dengan keadaan jenayah yang semakin menakutkan skarang ni, bukan saja senyum, pandang pun tak berani!

Jadi bangun pagi hari ni, msCruZee sengaja buat mission. HARI INI HARI "SENYUM" AKU. Seperti rutin biasa, msCruZee bertolak dari rumah ke stesyen komuter. Dan mulakan senyuman pertama dalam tren komuter kat seorang makcik berbangsa India. Disebabkan asyik dengar walkman, msCruZee pejam mata sambil berdiri (tak ada kerusi kosong). Then suddenly, msCruZee dengar ada suara perempuan panggil and bila buka mata, makcik tadi bagitahu dekat hujung tu ada tempat kosong! Disebabkan msCruZee lebih senang berdiri pagi2, msCruZee lakukan senyuman kedua kepada seorang kakak berbangsa Melayu dan offer tempat kosong tadi. Balasan yang msCruZee terima --- kakak tadi senyum dan ucap terima kasih sebelum duduk.

Bila msCruZee sendiri dah aware pasal 'mission senyum' ni, baru msCruZee perasan orang Malaysia tak semua sombong! Memang ada yang malu2 untuk balas senyum, tapi ada juga yang tersenyum lebar. Ada juga yang tak senyum langsung! Trick yang perlu msCruZee ingat dalam kepala, "Kena senyum tanpa buat orang fikir kita gatal!" Ahahah.....misi perlu dilakukan tapi msCruZee tak mahu kena tuduh perempuan gatal. 

Dan yang paling menariknya tentang misi senyum ni, msCruZee terima satu senyuman yang paling manis pernah msCruZee nampak dari orang yang tak pernah kenal hari ini. Yang start senyum, not me! Muahahaha......Even now, msCruZee boleh describe. 

Balik kerja pula, berebut dengan penumpang2 komuter untuk ke arah Rawang. Trust me, ini satu benda yang paling challenging! Terlalu ramai penumpang berbangsa Indonesia dan Bangladesh! Walaupun agak penat, msCruZee tetap nak teruskan misi Senyum ni kat seorang lelaki berbangsa Cina. Dengan keadaan lebih teruk dari tin sardin, msCruZee tersepit kat tengah2 antara orang2 Indon + Bangla dan juga lelaki tadi. Tak jumpa benda nak pegang dan tiba2 lelaki tadi suruh pegang beg dia.

See --- that is the SMILE POWER I'm talking about! Memang secara mata kasar, msCruZee tak dapat apa2. Selain terima respon daripada unknown people, msCruZee pon terima respon dari kawan2 office --- "Kau nampak lain hari ni?" But the most important thing is --- hari ni msCruZee dapat buktikan hari msCruZee jadi ceria sampai ke malam! 

So, hari ni hari misi Senyum msCruZee. Hari anda, bila lagi? 

Sunday, December 7, 2008

Ellen DeGeneres & Portia de Rossi Tied the Knot

I respect DeGeneres for what she is. She's very talented and funny. Her talk show is very entertaining and superb. But THIS??? 

Wanna share these happy photos with you. Yup, they got married on August,17 this year! It's not the latest story, I know --- but still --- i'm speechless! Apa dah jadi dengan dunia ni? Hopefully this won't be allowed in Malaysia, right? Perkahwinan sejantina. Eventho' they looked HAPPIER than any other normal couples on earth.