Aku selalu jugak ditanya soalan-soalan yang aku susah untuk menjawab. Maklumlah, manusia ni rambut saja hitam tapi yang lain-lainnya memang berbeza! Pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara tu dah tentulah tak semuanya sama!
Hari ni dalam pada saat-saat memeningkan kepala, ada rakan sekerja yang tanya aku soalan, "Apa pendapat aku dengan ibu bapa yang garang terhadap anak-anak?" Argghhh --- berapa kali daaa nak hadap soalan-soalan yang cenggini? Biar je lah orang-orang yang dah kahwin and ada anak jawab. Naperlah nak beratkan kepala aku? Dah ada anak baru aku boleh jawab. Bukannya apa, aku dah beberapa kali juga menjawab soalan yang sama, dan endingnya, orang yang menyoal tu akan mempertikaikan balik pendapat aku.
Mungkin cara aku membesar memang terlalu beza dengan kawan-kawan aku yang lain. Dari pemerhatian aku sendiri pun, aku memang tak berapa setuju dengan cara kawan-kawan aku sendiri membesarkan anak masing-masing. Tapi --- tu anak diorang, buat apa aku nak menyibuk kan? Aku garang dengan budak-budak???? Memang betul pun! Ha ha ha, aku suka tengok budak-budak takut ngan aku. Bila takut, sekurang-kurangnya kalau diorang menangis aku boleh pura-pura angkat tangan --- diorang akan terus tahan nangis. But, walaupun dengan cara yang menakutkan tu, ada jugak budak-budak yang masih saaaayaaang ngan aku! Seriously!!! =P
Yang aku malas nak melayan soalan ni sebab diorang akan buat kesimpulan sendiri yang aku ni problem child yang datang dari problem family. Cheh!!! Ahaks, tapi lawak gak. Biarlah apa orang cakap, itu memang pendapat dia. Tapi kalau bukan sebab jadi problem child yang datang dari problem family, aku tak mungkin jadi 'manusia' macam sekarang.
Sejak kecil lagi aku dan adik-beradik dah terbiasa dengan didikan ibu yang garang. Kitorang sampai gelar ibu "singa" sebab terlalu takut dengan ibu. Tapi tak pernah pula benci ibu sebab kitorang tahu ibu hanya akan marah kalau anak-anak buat salah.
Hidup dalam keluarga kecil yang penuh dengan cikgu (arwah atuk aku, nenek dan ibu) memang agak mencabar. Aku sendiri selalu jugak jealous dengan kawan-kawan lain sebab ada ibu bapa yang sporting. Apa yang kawan-kawan aku buat, walaupun salah --- ibubapa diorang tak pernah pun hukum! Berbeza dengan aku dan adik-beradik, pantang buat salah, ibu pasti hukum. Kayu pembaris, pemukul lalat --- tu semua aku dah biasa! Itu belum lagi sampai bab2 keputusan periksa. Kawan aku dapat RM50 untuk satu A. Aku selalu jugak pujuk ibu supaya bagi kitorang tiga beradik hadiah yang 'menarik' macam tu. Dapat semua A dalam setiap matapelajaran pun, tak pernah dapat apa-apa. Tapi ibu cuma cakap, "Markah A tu lah hadiahnya. Kenapa nak bagi duit?"
Bila aku kenang-kenangkan, memang gelihati juga. Aku sekarang faham apa yang buat ibu terlalu tensed dan garang. Mana taknya, besarkan kitorang tiga beradik sendirian memang susah! Ibu amalkan prinsip guru besar kat umah. Aku masih ingat lagi, macam mana ibu hukum kitorang tiga beradik habiskan seperiuk bubur nasi seorang gara-gara tak hormat tetamu! Uje sampai muntah-muntah. Aku and along lak menangis-nangis tagih simpati. Mama Nor, jiran rumah sebelah puas pujuk ibu untuk maafkan kitorang. Tapi ibu tetap dengan caranya, "Ros nak ajar budak-budak ni."
Itulah ibu aku. Aku belajar menulis dan membaca masa umur empat (4) tahun. Aku masuk darjah satu masa aku umur lima tahun setengah. Tiga tahun aku jadik penghuni kelas darjah satu. Ha ha ha --- siapa kata tak boleh??? Nenek aku lah guru kelasnya!!! Setiap kawan yang aku ada, ibu akan tapis. Untuk pastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan tak bosan, ibu sanggup jadi 'ustazah' bebudak kat Jalan IB/5 tu. Ibu ajar kitorang mengaji dan sembahyang. Kalau tiba maghrib, ibu akan jerit dengan kuat, "Ayam Itik pun pandai balik reban masing-masing!" Sampaikan 'bapak-bapak' yang tengah melepak pun kecut-perut lari.
~
Cuba perhati 3 orang di tengah2: Along, Cikgu Nenek & Aku!
Menjadi seorang guru sekolah menengah kat Sg Buloh (kecil je Sg Buloh tu) memang dikenali ramai. Kompem sangatlah, aku dan adik-beradik terpaksa menjaga perangai masing-masing sebab rata-rata orang memang kenal siapa kitorang. Berita aku tergedik-gedik ketawa dalam bas sekolah pun boleh jadi kecoh. Tension wooo!!!
Bab2 pelajaran pulak, ibu akan pastikan setiap anak scored dalam periksa masing2. Kalau tak dapat nombor satu, mesti ada something wrong! Bukan ibu yang tentukan, tapi kitorang sendiri yang akan rasa macam tu lebih-lebih lagi kalau dapat Nombor "Selain-Daripada-Satu". Pernah jugak along and uje dapat 1st, aku lak dapat 2nd --- sangat tension! Macam dah jadi acara tahunan, tiap2 hujung tahun, aku, along ngan uje akan bergilir-gilir naik pentas untuk hadiah pelajar terbaik dan subjek terbaik. Itulah yang menjadi kebahagiaan ibu tiap-tiap tahun.
Orang mesti tak percaya, masa darjah satu, ibu paksa aku berdiri di depan kelas dan minta kebenaran teacher untuk menyanyi lagu English! Bayangkanlah!!! Aku ni memang pemalu sejak kecil. Menangis-nangis aku rejek tapi ibu paksa juga. Nak tipu ibu, tak de peluang langsung sebab semua cikgu kat sekolah aku tu dah jadi spy ibu! Jadi, nak tak nak aku terpaksa gak ke depan kelas tiap-tiap pagi ----
"Teacher, can I sing a song today?"
Teacher aku akan cubit dulu pipi aku, seperti biasa. Buat-buat tak tahu konon, padahal ibu aku dah telefon awal-awal bagitahu dia.
Aku pun mula laaa ---- sambil menggayakan aksi2 melampau --- lembu, kucing, anjing bla bla bla
"Hey diddle diddle,
The cat and the fiddle,
The cow jumped over the moon,
The little dog laughed to see such sport,
And the dish ran away with the spoon."
Dah tentu kawan-kawan aku yang lain akan tengok aku semacam je buat pelbagai gaya depan kelas. Huaaaaaa ---- siapa kata best jadik anak cikgu wooiii???
Darjah Satu sampai Enam, ibu akan latih aku supaya jadi Juara Pertandingan Bercerita dan Talentime peringkat sekolah dan daerah. Aku ni ada penyakit nervous yang melampau. Bila berdiri depan orang ramai, mula laa kaki aku lemah and menggeletar. Kes lupa lirik and kaku atas pentas tu, dah terlalu biasa bagi aku! Along ngan Uje lak lebih ke arah pidato dan syarahan.
Walaupun ibu garang (mengalahkan singa), ibu tak lupa berikan yang terbaik pada anak-anak! Ibu hantar kitorang sekolah campur untuk belajar bercakap Bahasa Inggeris. Terkontang-kanting aku seorang bila satu kelas bercakap bahasa omputih kat SRK(2) DJ dulu. Di situlah kitorang belajar supaya tidak malu berbahasa Inggeris. Ibu hantar gak aku masuk kelas Taekwondo, Silat ngan Piano. Exposure, kata ibu! Nak kata ibu kaya masa dulu2, memang tak. Sebab nak gerak ke mana2 pun kitorang kene gilir2 amik turn bonceng belakang motor ibu. Tapi ibu gigih cari duit, jual rempeyek, jual kuih bahulu, kerepek pisang ngan kuih udang. Semua untuk besarkan kitorang. Aku sendiri pernah tolong ibu buat kerja pasang barang2 getah dari kilang dan ambil upah potong cili kering untuk jualan.
Bila besar, aku kenang balik zaman kecil dulu --- memang kelakar! Hasil daripada didikan ibu yang garang tu lah, adik-beradik aku boleh gak dikatakan berjaya masuk sekolah asrama penuh. Along masuk TKC, aku masuk SSP, Uje lak masuk Sek Men Sains K.Selangor. Lepas tu, Along masuk UIA, aku ke UM dan Uje lak ke University of Washington. Dan sekarang aku dah nampak apa relevannya paksaan2 ibu masa kecil dulu. Ibu mahu semua anak-anak dia berani hadap orang. Ibu selalu pesan, bukan senang jadi perempuan. Perlu jadi perempuan berilmu untuk hidup supaya kalau ditinggalkan suami pun, kita masih boleh survive!
So, balik kepada soalan asal tadi. Yes, sehingga kini aku masih berpendapat ibu bapa kadang-kala PERLU bersikap garang dalam mendidik anak-anak. Aku takut dengan ibu, tapi aku tetap sayangkan ibu! Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku dah lihat macam mana budak-budak zaman sekarang yang biadap dengan ibu bapa. Tak payah jauh, aku nengok sepupu aku terjerit-jerit kat pakcik dan makcik aku (parents) dia, rasa macam tangan aku lak yang ringan nak pukul mulut dia. Dulu, kalau tinggi suara sedikit je dengan ibu, mesti kene pukul! (ibu panggil babab). And pukul tu bukanlah bermakna kena dera. Setakat pukul sikit je, sebagai anak kecil dah cukup untuk mengajar perbuatan yang dilakukan tu adalah salah.
Mulut aku sendiri pernah kena tenyeh cili api gara-gara ejek 'Mak Tina' pengasuh aku, dengan nama Orang Gaji. Ha ha ha --- itu memang salah aku sendiri! Ibu dah ajar banyak kali jangan biadab dengan Mak Tina, tapi aku yang degil.
Aku tak kata ini the best way untuk mendidik anak2 tapi sekurang-kurangnya memang berkesan. Ibu bapa zaman sekarang ni nak buat cara sporting tapi ter-salah cara. Akhirnya, anak-anak tu ter-jadik kurang ajar. Itulah yang berlaku pada kawan-kawan aku sendiri. Mungkin diorang tak perasan, atau mungkin diorg sendiri pernah lakukan perkara yang sama pada ibubapa diorg satu ketika dulu. Bagi aku, kalau seorang anak menjerit-jerit pada ibubapa diorang dengan kata-kata kasar, itu memang biadap. Tapi pelik gila bila aku dengar respon kawan-kawan aku sendiri, puji anak2 diorang yang tengah menjerit2 tu --- petah dan pandai bercakap. WTF???? Petah??? Pandai bercakap??? Bak kata Black Eyed Peas : What's wrong with the world, mama?
Apa pendapat korang eh?